Malaysia Tanahairku .. Dan Tanahairnya

Originally published at CeritaOrangGilak.

Pagi itu, aku bersarapan sambil membaca beberapa suratkhabar tempatan. Isi-isi suratkhabar itu hampir membuatkan isi perutku terkeluar kembali. Bukan pasal Jaya Supermarket. Bukan pasal Penanti. Bukan pasal Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Bukan pasal AhLong. Bukan pasal Marsha AF yang seksi. Bukan bukan bukan.

Pasal Chin Peng dan komunisme.

Nampaknya, ramai orang yang marah bila ada cadangan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Maafkan aku, kerana aku tidak marah.

Sejak dari waktu aku sudah boleh berfikir dengan rasional, aku mula menolak segala bentuk pemikiran yang memisahkan selapisan rakyat dengan yang lain. Ini termasuklah pemikiran berbentuk perkauman dan ideologi ekstrem.
chinpeng
Pada aku, Chin Peng hanyalah seorang rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampungnya, jadi baliklah.

Buat apa nak dihalang?

Sebab dia komunis?

Di negara kita, komunis di cop sebagai jahat dan kejam. Sebab komunis bunuh orang. Cederakan orang. Ramai yg mati dan ramai yang cacat kerana komunis (sekadar memetik kata2 orang2 arus perdana).

Maka aku ada soalan di sini. Masa zaman penjajahan Jepun dulu, tentera Jepun juga bunuh orang kan?

Kenapa sekarang kita boleh terima kerajaan Jepun? Komunisme adalah ideologi yang tidak sihat? Jadi apa kejadahnya perjanjian persefahaman dengan negara China? Selagi boleh kaut untung, semuanya ok?

Aku keliru. Eh silap. Aku pernah keliru. Sekarang, yang tinggal hanya rasa menyampah dan meluat. Menyampah dengan cakap2 berbau perkauman. Meluat dengan sentimen2 ‘kenegaraan’ yang dibuat buat.

Korang pernah cuba lihat Tugu Negara kita betul2? Tugu Negara yang dibina sebagai kejayaan ‘orang kita’ dalam mengharungi zaman darurat 1948-1960. Perhatikan bahawa patung2 ‘orang kita’ atau ‘pahlawan’ yang berdiri itu, ada yang aku tak pasti samada ia orang Malaysia atau tidak kerana ia berhidung mancung dan berwajah mat salleh. (atau sengaja diberi persepsi begitu? kalau aku salah, sila betulkan. tapi aku yakin bahawa tak semua org melayu dulu2 berwajah ala yusuf haslam). Manakala ‘pengganas’ atau ‘orang jahat’ yang berjaya dibunuh dan dipijak itu, semuanya sudah pasti berwajah Asia.

Jadi mereka yang dipijak itu ialah komunis. Justeru? Mereka tetap rakyat Malaysia kan? Satu2nya kesombongan yang ada dalam diri aku yang membuatkan tidak mampu untuk berasa bangga setiap kali aku lihat Tugu Negara ialah fakta bahawa kita sebenarnya meraikan kejatuhan sekelompok rakyat Malaysia yang dipijak oleh sekelompok rakyat Malaysia yang lain dan/atau bangsa asing. Sila tolak ke tepi segala ideologi politik korang bila baca belog aku. Sila fokus pada isu bangsa Malaysia.

Setiap kali isu Chin Peng dibangkitkan, suratkhabar2 Melayu terutamanya akan berkejar mencari bekas2 perajurit tanahair yang cacat akibat berperang dengan komunis untuk ditemuramah. Mereka marah dan sedih dengan Chin Peng apabila merenung kejadian yang menimpa diri sendiri. Bahagian yang itu, aku faham dan boleh terima.

Tapi, pernahkah kita cuba untuk faham perjuangan bekas2 komunis Tanah Melayu? Kenapa mereka bertindak berperang di dalam hutan? Berperang dengan Jepun dan British iaitu Penjajah? Dan mereka juga gugur ke bumi, bukan? Siapa yang menangisi mereka? Dan, kenapa hanya fokus pada Chin Peng?

Kenapa sejarah kita boleh menerima hakikat bahawa komunis sebenarnya pernah membantu tanahair dalam memerangi Jepun, tapi bila komunis memerangi British, terus mereka di cop pengganas? Bukankah ini propaganda orang putih?

Kenapa sejak dahulu kala lagi… orang kita gemar bersekongkol dengan orang putih? Dan kalau ada yang bersekongkol dengan lawan orang putih, mereka secara automatik menjadi antagonis di dalam cerita?

Bagi aku, Chin Peng hanya satu simbol kebencian yang direka oleh orang2 tertentu. Kalau benar komunisme dan perang darurat adalah pokok pangkalnya, maka kenapa ada pejuang2 komunis yang seangkatan dengannya dibenarkan pulang dan menghembuskan nafas terakhir mereka di sini?

Maafkan aku kalau ada yang marah. Kalau korang nak cop aku sebagai buta sejarah dan Melayu tak sedar diri, silakan.

Daripada layan cerita2 suratkhabar yang menyakitkan hati dan memeningkan kepala, lebih baik aku layan lagu “Tragedi Memali” – (yang hampir takde kena mengena dengan komunisme, tapi ada kena mengena dengan perihal sejarah yang dibutakan oleh kerajaan demi kepentingan pihak2 tertentu).

Di manakah keadilan untuk para Syuhada ini?
Di manakah pembelaan untuk mereka..? -Tragedi Memali

Tags: , , , ,


Puspawati Rosman ialah seorang loyar. Sebelum itu, beliau mendapat pendidikan hak asasinya di SUARAM. Beliau merupakan salah seorang pengasas Lawyers For Liberty. Beliau juga ialah seorang kolumnis Malaysiakini (edisi BM). Kadang-kadang di Merdekareview.com (edisi BM) dan di beberapa buku komik kelolaan Zunar sebelum ia diharamkan. Buat masa ini, hobi beliau ialah menonton klip video K-Pop. Sila baca rintihan hatinya di belognya, CeritaOrangGilak.

Posted on 2 June 2009. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.

Read more articles posted by .

Read this first: LB Terms of Use

16 Responses to Malaysia Tanahairku .. Dan Tanahairnya

  1. Pingback: Loyarburok