Kepada ahli-ahli Badan Peguam, pelatih-pelatih dalam kamar, NGO-NGO, akademik-akademik, aktivis-aktivis masyarakat sivil, pelajar-pelajar undang-undang dan saudara-saudari,

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun yang lalu telah meningkatkan minat rakyat Malaysia dalam konsep keperlembagaan. Berikutan peristiwa-peristiwa ini, kesan undang-undang perlembagaan dalam masyarakat kita kini dirasai pada tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

1957.TAROleh itu, ini adalah masa yang sesuai bagi masyarakat sivil mengadakan perbincangan lanjut berkenaan dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan and Perlembagaan Negeri-Negeri kita. Kebanyakan peruntukan ini sedang diuji buat pertama kalinya dalam mahkamah undang-undang, dan juga dari pandangan awam. Pakar-pakar undang-undang dan orang ramai telah memberi pendapat mereka, ada kalanya mengalakkan semua untuk melihat buat pertama kalinya Perlembagaan-perlembagaan kita, dan pada masa-masa yang lain menuntut kita supaya mengkajinya semula. Kebanyakan dalam masyarakat, termasuklah para peguam, telah mencari pemahaman yang lebih mendalam terhadap Perlembagaan-perlembagaan tersebut.

Baru-baru ini, Majlis Peguam telah menubuhkan Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi jawapan-jawapan kepada soalan-soalan mengenai Perlembagaan-perlembagaan kita. Saya telah diamanahkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa ini. Jawantankuasa ini berhasrat untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap Perlembagaan-perlembagaan kita serta mempromosikan konsep keperlembagaan dan kedaulatan undang-undang di negara ini.

Jawantankuasa ini akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada hari Jumaat, 19hb Jun 2009, 3 petang di Bangunan Majlis Peguam untuk berbincang dan “brainstorm” idea-idea bagi mencapai tujuan Jawatankuasa ini. Kamu dijemput hadir! Kami ingin menerima input dari kalangan besar pegawai-pegawai masyarakat sivil termasuk NGO-NGO, akademik-akademik dan pelajar-pelajar undang-undang bagaimana kami dapat menyumbang kepada masyarakat, dan kami ingin mendengar pandangan anda.

Ada yang bertanyakan sama ada kepakaran dalam bidang undang-undang perlembagaan diperlukan. Manakala, ada juga yang menyatakan mereka kurang berpengetahuan mengenai Perlembagaan-perlembagaan kita. Pertimbangan-pertimbangan ini adalah tidak relevan, walaupun inilah juga sebabnya Jawatankuasa ini ditubuhkan.

Undang-undang perlembagaan adalah seronok dan menarik. Lebih daripada itu, Perlembagaan-perlembagaan adalah dokumen-dokumen KITA yang mengikat rakyat dan negara kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi “kuasa” kepada rakyat untuk menuntut hakmilik dan mempertahankan Perlembagaan-perlembagaan ini. Tiada pengetahuan atau kepakaran awal mengenai Perlembagaan-perlembagaan kita yang diperlukan untuk tujuan ini. Jikalau diperlukan, kami akan memberikan pengetahuan yang sewajarnya kepada anda.

Memandangkan Jawatankuasa ini baru ditubuhkan, anda berada dalam kedudukan yang boleh membimbing dan mengarahkan hala tujunya. Jangan lepaskan peluang ini. Kami ingin mendengar pandangan anda dan bekerjasama dengan anda. Jadi, daftarkanlah diri pada hari ini (kami memerlukan lebih ramai lagi ahli!) di sini. Ia akan menjadi satu pengalaman menarik bagi anda – percayalah saya.

Semoga berjumpa di mesyuarat tersebut. Janganlah lepaskan peluang untuk merasai pengalaman baharu ini bersama dengan Badan Peguam.

Life's a sufferance. Lawyering a bore. As Edmund continues various escape techniques to be rid of Lord Bobo’s influence, he crusades with UndiMsia! movers to build strange youth love movements around...