JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (JUPerlembagaan)
RANGKA TINDAKAN 2009-2011
I. Visi dan Misi
Untuk:
menggalakkan konsep keperlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang adil;
meningkatkan kesedaran, mendidik dan menguasakan rakyat mengenai peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan;
mendokumentasi dan memberi respons terhadap isu-isu perlembagaan yang timbul;
membincangkan dan menganalisa keputusan-keputusan Mahkamah berkaitan isu-isu perlembagaan, dan apabila perlu, memberi interpretasi-interpretasi alternatif;
menjalankan penyelidikan ke atas perkara-perkara berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan dan/atau Perlembagaan Negeri-Negeri, dan apabila perlu, mencadangkan pembaharuan perlembagaan;
membantu dan menasihati Majlis Peguam dalam perkara-perkara perlembagaan.
II. Inisiatif
Untuk:
menjalankan kempen peringkat kebangsaan – Kempen “PerlembagaanKu” atau “MyConstitution” Campaign – termasuk:
a. mengeluarkan satu siri pesanan khidmat rakyat mengenai peruntukan-peruntukan terpilih Perlembagaan Persekutuan;
b. menerbitkan buku panduan Perlembagaan Persekutuan bersaiz poket untuk orang awam;
c. menganjurkan siri program-program untuk meningkatkan kesedaran dan menarik minat orang ramai terhadap Perlembagaan Persekutuan melalui simposium, dialog, forum dan kuliah;
d. menerbitkan siri rencana-rencana berkenaan dengan Perlembagaan Persekutuan untuk diterbitkan oleh pihak media;
e. berusaha untuk menyediakan salinan-salinan Perlembagaan Persekutuan dan membuatkannya mudah diperolehi oleh rakyat dengan menggunakan tanda aras “1Keluarga 1Perlembagaan”;
f. apabila perlu, menerbitkan kertas polisi dengan cadangan-cadangan pembaharuan perlembagaan.
III. Bahagian-bahagian Tumpuan
Kepada:
bagaimana Perlembagaan Persekutuan memberi makna dan mempunyai hubungan dengan:
– konsep pemisahan kuasa
– kedaulatan undang-undang yang adil
– kuasa-kuasa dan had-had institusi-institusi perlembagaan
– sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat
– peranan wakil-wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri
– kebebasan asasi
– demokrasi
hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri, seperti pemisahan kuasa legislatif dan eksekutif, kawalan terhadap sumber-sumber asli dan isu-isu kerajaan tempatan
keperluan untuk mewujudkan dan menjamin hak-hak ekonomi, sosial dan budaya rakyat di dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak-hak ke atas makanan, air, perumahan, kesihatan, pekerjaan dan persekitaran bersih
impak berterusan dan kerelevanan undang-undang darurat yang digubal di bawah Perkara-Perkara 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan
…oleh Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan, Majlis Peguam Malaysia
bertarikh pada 18 haribulan Julai 2009
Recent Comments