PigSelamat sejahtera Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Terima kasih atas kehadiran kalian di mesyuarat ini.

Pertama sekali, maafkan saya kerana telah memilih lokasi yang jauh ini untuk bermesyuarat. Saya telah berusaha untuk mengosongkan bilik mesyuarat kami yang biasa, tetapi malangnya lembu-lembu sedang mengadakan jamuan harijadi di situ.

Baiklah. Anda semua tahu akan tujuan mesyuarat pada hari ini tetapi sebelum saya menjemput anda semua untuk memberi pandangan, saya ingin menegaskan bahawa sebagai ahli masyarakat yang saling menyayangi, ia tidak menjadi objektif kami untuk menimbulkan sebarang rasa benci atau kontroversi. Objektif kami selama ini tidak pernah berubah, iaitu untuk berusaha menjelaskan fakta-fakta yang tidak jelas dan berkongsi pengetahuan dengan semua golongan masyarakat demi memastikan rakyat Malaysia benar-benar mempunyai pilihan untuk membuat keputusan yang rasional dan juga tersendiri.

Izinkan saya untuk membuka perbincangan pada hari ini dengan memberikan sedikit perspektif kepada anda semua.

Pada Disember 22 tahun ini, sebuah laporan mengenai pandangan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) terhadap Bak Kut Teh telah diterbitkan oleh The Malaysian Insider. Mengikut Ketua Penolong Pengarah Jakim, Bak Kut Teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam. Beliau juga berkata bahawa masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat anggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga menentang pengenalan makanan Bak Kut Teh halal itu dan berpendapat bahawa langkah itu adalah salah satu cara halus untuk mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi. Beliau bimbang penyalahgunaan istilah itu akan mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.

Isu Bak Kut Teh halal ini dibangkitkan kerana sebuah karnival pelancongan “Fabulous Food 1 Malaysia” telah berlangsung pada bulan ini di mana tukang masak Hotel J W Marriot telah menggunakan daging ayam, makanan laut dan sayur-sayuran untuk memasak Bak Kut Teh untuk 300 pelanggan setiap hari.

Malaysia terdiri daripada sebuah masyarakat yang bertamadun dan makanan tradisi kami pun telah berubah mengikut zaman. Tidak lagi aneh untuk melihat pelbagai makanan tradisi yang ditukar ramuannya dan diberi pengiktirafan halal oleh Jakim. Kami sudah lama menyokong perkembangan ini. (Hentakan kaki)

Saya sedar bahawa terdapat golongan masyarakat yang tidak menyokong pendapat Jakim, namun demikian, pendirian Jakim tidak boleh dikatakan salah sama sekali. Pendapat mereka juga penting kerana sebagai masyarakat berdemokrasi, kami seharusnya mendengar segala pandangan serta cadangan dan memutuskan perbezaan mengikut majoriti.

Akan tetapi, pandangan saya adalah bahawa Jakim perlu mempertimbangkan semula sama ada keputusan mereka itu akan mendatangkan lebih banyak kesan positif atau kesan negatif. Saya mempunyai keyakinan bahawa kami berkebolehan untuk memberikan beberapa perspektif untuk pertimbangan mereka.

Sebelum ini, kami telah diberitahu tentang penggantian ramuan dalam Bak Kut Teh halal oleh pihak penganjur karnival tersebut dan Tuan-Tuan dan Puan-Puan telah memberi sokongan penuh di mesyuarat yang lalu. Kami juga telah menulis surat yang panjang lebar kepada tukang masak tersebut untuk memuji beliau.

Memang sudah terlalu lama Bak Kut Teh dimasak dengan menggunakan daging babi. Terlalu ramai kaum keluarga kami yang telah dikorbankan untuk sup herba yang lazat itu. Ramai di kalangan anak-anak kecil kami yang diberi makan pelbagai jenis bahan kimia untuk mengalakkan pertumbuhan mereka. Adakah ini sesuatu yang patut diterima buta-buta? Tidak! (Hentakan kaki kuat)

Setiap hari, kedai-kedai yang menjual Bak Kut Teh menggunakan beratus-ratus kilo daging babi. Jikalau Bak Kut Teh halal wujud, jumlah sahabat-sahabat kami yang dikorbankan setiap hari akan dikurangkan secara langsung. (Hentakan kaki)

Karnival “Fabulous Food 1 Malaysia” itu telah berlangsung selama 3 hari. Itu bermakna bahawa pihak penganjur telah menyediakan daging untuk seramai 900 pelanggan! Memang menjadi kebiasaan melihat banyak makanan dibazir di karnival-karnival makanan seperti “Fabulous Food 1 Malaysia”. Seperti yang dijangkakan, hampir 400 kilo daging ayam dibuang begitu sahaja kerana hujan lebat yang menimpa Kuala Lumpur mengakibatkan kehadiran pelanggan yang kurang memuaskan. Nasib baik bukan kami yang dikorbankan kali ini! (Hentakan kaki)

Penukaran ramuan juga mengalakkan kreativiti di antara mereka yang bekerja di bidang masakan dan memperluaskan jenis makanan yang boleh dinikmati oleh golongan masyarakat yang mempunyai alergi terhadap jenis-jenis makanan tertentu. Sebagai contoh, golongan masyarakat yang sensitif terhadap daging unta boleh menggantikan daging unta dengan daging ayam dalam resepi “Unta Masak Terung”. Alangkah baiknya untuk mereka!

Selain daripada itu, dan yang paling penting sekali, selaras dengan visi 1Malaysia, penukaran ramuan dalam makanan tradisi patut digalakkan. Selagi istilah-istilah pengasingan seperti “makanan Cina” dan “makanan Melayu” terus digunapakai, kita tidak akan berjaya mengecapi cita-cita 1Malaysia itu. Jakim haruslah sedar bahawa mengklasifikasikan makanan tradisi seperti ini akan mewajibkan warganegara Malaysia untuk memilih antara identiti Melayu, Cina, India, Kambing, Lembu dan Babi. Sudah tentu ini bukan misi Jakim.

Dengan itu, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, saya dengan suka hati membuka perbincangan kami pada hari ini. Diharapkan di akhir perbincangan, kami akan berjaya mengumpul pelbagai cadangan untuk dihantar kepada Jakim untuk pertimbangan lanjut.

Sekian, terima kasih. (Hentakan kaki gemuruh)

10 replies on “Agenda: Jakim dan Bak Kut Teh”

  1. "Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga menentang pengenalan makanan Bak Kut Teh halal itu dan berpendapat bahawa langkah itu adalah salah satu cara halus untuk mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi. Beliau bimbang penyalahgunaan istilah itu akan mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi."

    If we start calling poo as durian, does that mean that over time we won't be grossed out by the sight or smell of poo? Come on lah. Are we so gullible that we can be easily swayed from our religious faith by the name of the food?

    The argument is not about religion, race, customs, or history. It's about the mentality of the "powers that be". If they could keep us on a leash, they would!

    1. My friend. Don't be too subjective. Find out the meaning of "bah kut teh" before you post your view. Where can you find "Bah Kut Teh" any sign of "pig or pork" ?.

    1. Ha ha. JAKIM had approved bah kut teh as halal. Those don't believe, go to any super-market and see the "Bah Kut Teh" stick the logo halal or not.

    1. You are right. Only person having a subjective view will say "bah" means "pork". Bah in fact means "meat". Bah kut
      means "meat and bone".

  2. tindakan JAKIM bersebab.bkn melayu/islam tidak perlu terasa.ianya demi menjaga kemahaslatan umat islam.tidak semestinya 1 malaysia semua benda menjadi satu.asal usul penciptaan manusia pun berbagai-bagai.ambil contoh di malaysia.ada melayu,cina,india.melayu tetap melayu.cina tetap cina dan india tetap india.tiada apa yg boleh mengubahkan.apa yg penting persefahaman antara kita.walaupun berbeza warna kulit dan kepercayaaan.cuma kita perlu sedar asal usul kita supaya kita lebih menghargainya.semak lembaran sejarah yang darinya kita semua berdiri pad hari ini.setiap sesuatu ada batas yang perlu dipatuhi.renung-renungkan.

    1. Sesiapa mahu cerita adakah "bah kut teh" halal atau haram semesti faham apa ertinya "bah kut teh di dalam bahasa
      Cina.

      Bah di bahasa Cina ialah "daging", kut ialah "tulang". Dua huruf ini disamakan "bah kut" ialah "daging dan tulang". Teh ialah "herb" . Herb ini ada dua erti, satu untuk perubahan ialah bererti "ubat", jika bukan untuk berubatan, ianya "sup" atau "minuman".

      Oleh sebab "bah kut teh" bukan untuk perubatan. Jadi ertinya "sup". Bah kut teh ialah "sup daging tulang".

      Banyak muslim salah faham "bah kut teh" ialah "sup daging tulang babi". Sebenarnya sup ini boleh "Sup daging tulang ayam, sup daging tulang kambing untuk orang yang tidak makan daging babi. Itu juga, orang India tidak makan daging lembu, supnya boleh daging ayam atau kambing.

      Sebenarnya, "Bah Kut Teh" ialah nama "herb" untuk masak sup. Hanya orang yang lebih padai kata "bah Kut Teh" ialah "sup daging tulang babi". Orang ini kurang faham erti "bah kut teh".

      Soalan "bolehkan muslim mengguna "bah kut teh" masak sup ayam atau kambing. Jawapan saya "boleh". Jika tak boleh, kenapa JAKIM benarkan bungkusan bah kut teh meletak tanda "Halal" ? Sesiapa muslim jika tak percaya JAKIM benarkan bah kut teh halal, apabila pergi pasar raya, sila lihat bungkusan "bah kut teh A1" adakah tanda "Halal" dari JAKIM.

  3. Why these people so stupid wan? We already have chick-kut teh for the non-pork eaters. The herbal soup is quite tasty. Just make that for public consumption and register that la. Why create a weird dish with chick+seafood+veg?? Making tom yam ah?? Aunty Yen2 never go to Mungo Jerry ah?

  4. It has way past the time for the citizens to take action.

    It is time for us to start expanding our network of friends and relative who live outside Malaysia.

    Enlist their help in finding the assets the be end goons (including M) are hiding abroad.

    A friend of mine once drove me, for 3 days, across some European countryside and showed me the castles (you read it right, CASTLE) owned by Malaysians.

    As he rattle off the names of those hyper-rich Malaysians, my heart sunk deeper and deeper.

    Our tax-money !

    Our nation’s wealth !

    All stolen and end up here !!

    As those castles represent only the tip of the iceberg, I like to call upon you, and all others’ help, to expand the search for hidden assets abroad.

    I have heard of ranches in South America, New Zealand and Australia.

    I have heard of stories.

    All yet to be confirmed.

    So, would you help?

Comments are closed.