Categories: Selected Exhortations

[UPDATED] The LoyarBurok Interview (Part 1): UKM 4 – Rebels or Revolutionaries?

[UPDATED profiles for Ismail and Azlin and new links. Last updated on 21 August 2010]

Interview by Ong Jo-Lene, Eunice Ong & Lim Kar Mern

You’ve heard of the UKM4, you’ve read that they were arrested and are to face disciplinary proceedings under the UUCA, you’ve seen a re-energised student movement seeking to repeal the UUCA, and Court proceedings are on-foot. But how much do you really know about the protagonists?

In this 3 part exclusive, King Chai, Hilman, Azlin and Ismail – four bright and passionate mahasiswa Sains Politik share with LoyarBurokkers – Ong Jo-Lene, Eunice Ong and Lim Kar Mern, their stories, aspirations and the battle that lies ahead.


King Chai: Saya merupakan anak ketiga dari lima orang adik-beradik. Keluarga saya masih menetap di Johor dan saya tinggal dalam kampus di UKM. Di dalam kolej kediaman, saya merupakan seorang EXCO Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi di Kolej Ungku Omar.

Memegang jawatan ini telah memberi saya pelbagai pengajaran dan saya juga dapat melihat kesungguhan setiap orang yang terlibat untuk memastikan kebajikan pelajar dijaga. Penglibatan saya dalam aktiviti ko-kurikular agak banyak tetapi kena cuba untuk balance semua lah – moga-moga saya dapat menghabiskan pengajian dengan memasuki senarai dekan untuk semua semester. (LB: King Chai disenarai dekan dalam kesemua empat semester)

Off campus, I like seeking out new experiences – this was why I was very excited to be entrusted with the responsibility as liaison officer to our Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin and VP and Head of Asia Operations of Telenor Group, Mr. Sigve Brekke, at the 6th World Islamic Economic Forum.

I also love arts and culture. I like to see people, especially our local seniman expressing themselves in their own creative medium, be it through music, painting, poetry, photography, etc. In fact, tonight I’ll be going to Frinjan art festival. Personally, I’m into manual film photography – I’m a proud owner of a Smena 8mm, made in the USSR! I also try to blog when I can.

Hilman: I’ve always taken an interest in socio-political commentary, so now as a mahasiswa, I take it upon myself to get involved in various advocacy programmes and workshops on democracy, youth leadership and empowerment, and human rights. One such example is the KASYP training programme organised by the Ateneo School of Government in Phillipines.

My hobby is collecting magazines, journals, and Malaysian literature from the 60’s and 70’s. Writings from that period should be an inspiration to today’s Malaysian as it shows us different we are now – we seem to have regressed as a plural society.

Today, there is this “budaya tidak peduli soal lain” that has caused us to be self-centered and disengaged. That is the difference between the students and mahasiswa then and those today.

Azlin: Bagi saya Sains Politik bukanlah pilihan pertama ketika memilih bidang pengajian, tetapi makin saya ceburi, makin bertambah minat saya. Ini adalah kerana aplikasinya luas dan mendalam – ilmu yang ditimba dari pengajian Sains Politik dan latihan PALAPES saling melengkapi antara satu sama lain.

Contohnya, dalam PALAPES, kami telah diajar untuk taat setia kepada negara dan sentiasa meletakkan kepentingan negara lebih tinggi daripada kepentingan diri sendiri. Oleh itu, saya cuba untuk melakukan apa sahaja usaha yang saya boleh untuk menggerakkan diri sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling ke arah mendorong pembangunan masyarakat dan negara yang sihat.

Minat saya adalah – PALAPES – latihan pertahanaan negara dan ketenteraan. Saya menjadi pegawai PALAPES sejak tahun pertama di universiti.

Malangnya, sejak kes AUKU ini bermula, status saya sebagai pelajar UKM (dan justeru itu status sebagai seorang pegawai PALAPES UKM) dianggap tidak dapat dipastikan sehingga kes ini selesai.

Ismail: Saya suka bergiat dalam persatuan-persatuan mahasiswa yang cuba menganjurkan program-program untuk membangunkan para pelajar dari pelbagai aspek – kepimpinan, ilmu pengetahuan, kepekaan terhadap isu-isu di sekeliling, dan sebagainya.

Pada waktu lapang pula, saya biasanya akan melayari internet untuk menatapi berita terkini dan diskusi mengenai isu-isu semasa.

Jika saya diberi peluang untuk menjadi pemimpin, sama ada dalam bidang politik atau sebagai seorang pensyarah, saya berharap dapat mencontohi tokoh-tokoh dari zaman kegemilangan tamadun Islam – yang begitu prihatin terhadap rakyat dan sentiasa ingat akan untuk “turun” ke rakyat.

Pemimpin-pemimpin kita sekarang telah lupa akan sifat ini – Kampung Cucur Badak adalah salah satu contoh yang membuktikan ini kerana di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur masih wujud kampung setinggan dimana penduduknya serba kekurangan dan ditepikan.

Sebenarnya Sains Politik bukanlah subjek mengenai politik tetapi ia adalah mengenai kehendak dan keperluan sesuatu rakyat – ia merupakan satu bidang Sains Sosial – oleh itu kami semua agak cenderung dan berminat mengiati aktiviti yang berasaskan hak asasi, demokrasi, dan sebagainya.

Bangkit Mahasiswa!

LB: Tomorrow in Part 2: UKM 4 -Sitting Ducks or Schmucks? – find out their own detailed account of the events leading to their arrest and what on earth were they doing at Hulu Selangor?

Part 3: UKM 4 – Fight for Students Freedom!


LB Tee function #32: Punctuating another motto

Uh... Why are police officers walking towards us?

An animated Hilman telling us how the UUCA is like a lid over the student mind.

King Chai proudly showing us the poster for an appreciation night concert they organised along with other students.

Hilman speaking at Kongres Mahasiswa Nasional (file pic)

King Chai at the 6th World Islamic Economic Forum at KL Convention Centre. On the right, Tun Musa Hitam and center, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (file pic)

Lord Bobo

Recent Posts

PENGALAMAN SAYA BERLATIH SAMBIL BEKERJA SELAMA ENAM BULAN DI MCCHR

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

2 months ago

Vacancy for Administrative and Human Resource Assistant (Full Time)

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

2 months ago

Project Assistant Needed!

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

3 months ago

Ulasan saya mengenai isu tanah bagi masyarakat orang asli

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

4 months ago

SAYA BELAJAR TENTANG BULI SIBER

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

4 months ago

PROGRAMME EVALUATOR NEEDED

If you are interested and have the capacity and experience of carrying out a programme…

9 months ago