LoyarBorak-1LoyarBorak memaparkan diskusi pelbagai isu dalam format bertulis, video, atau audio.

Tidak lama dahulu, dua ahli Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam, Aston Paiva dan Fyrol Ikram Othman telah berdebat melalui e-mel. Debat mereka merangkumi pelbagai isu. Walaupun kedua-dua mereka tidak bersetuju dengan pendapat satu sama yang lain, mereka tetap menghormati pendapat yang diutarakan, mendukung prinsip kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah bahagian 3 daripada 6 bahagian. Pembaca dijemput berborak bersama melalui ruang komen di bawah. Jika anda ingin menjadi seorang LoyarBorakker, sila e-mel Marcus di [email protected]

aston3

Fyrol:

Perkara Tiga Perlembagaan mengatakan Islam agama persekutuan.

Aston:

Berkaitan Perkara 3, Perkara 3(1) mesti dibaca bersama Perkara 3(4) yang menyatakan bahawa Perkara 3 tidak menjejaskan hak-hak lain di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Itu dengan nyatanya bermaksud agama dan kerajaan merupakan dua badan yang berasingan. Perkara 3(1) hanyalah berkaitan dengan upacara dan adat istiadat (rituals and ceremonies) yang berlangsung di Malaysia seperti pertabalan Yang Di-Pertuan Agong. Ini telah dinyatakan oleh Lord President Tun Salleh Abbas di dalam kes Mahkamah Agung Che Omar Bin Che Soh v. Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 55.

Malaysia juga tidak mempunyai Ketua Islam seperti Ayatollah di Iran. YDPA merupakan Ketua Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan sahaja.

Fyrol:

Mengenai upacara dan adat istiadat (rituals and ceremonies), saya rasa itu tidak benar.

Agama persekutuan ialah Islam, walaupun Tun Salleh Abbas mentafsirkan begitu, tetapi Perlembagaan ditafsirkan secara berbeza mengikut peredaran zaman.

Bagi saya tafsiran Tun Salleh Abbas salah dan terpengaruh dengan penjajah British, beliau mentafsirkan maksud Suruhanjaya Reid walaupun suruhanjaya tidak menyebut begitu.

Bagi saya juga, jiwa beliau masih tidak Merdeka ketika tafsiran itu dibuat. Sebagai jiwa Merdeka, kita tidak perlu merujuk kepada Suruhanjaya Reid apatah lagi jika tidak disebut. Kita juga tidak harus melupakan sejarah tentang Islam di Tanah Melayu dan perlaksanaan syariah di beberapa negeri Melayu seperti Melaka, Terengganu dan Pahang.

Sebagai agama persekutuan, sebab itulah pelbagai peruntukan dari duit pembayar cukai boleh digunakan untuk JAKIM dan sebagainya.

Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan juga satu contoh bagaimana Islam adalah agama Persekutuan. Undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Aston:

Saya percaya isu adakah Malaysia satu Negara Islam seperti Saudi Arabia adalah amat jelas. Ianya tidak.

Apa yang penting di sini adalah cara undang-undang di negara ini digubal. Undang-undang di negara ini digubal di Parlimen mengikut debat-debat dan berdasarkan fakta-fakta dan keterangan-keterangan. Undang-undang tidak digubal dengan merujuk kepada Al-Quran dan perkara tersebut tidak boleh berlaku kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bahawa Hukum Syariah adalah undang-undang utama.

Jadi, kes Che Omar Che Soh yang dinyatakan oleh saudara Fyrol adalah betul kerana Tun Salleh Abbas hanya telah memberikan sejarah Islam di Malaysia dan kemudiannya menyatakan bahawa maksud Islam yang dimaksudkan di dalam Perlembagaan Persekutuan oleh framers of the Constitution adalah berkait dengan upacara dan adat istiadat (rituals and ceremonies).

Sekarang, mengenai framers of the Constitution, kita haruslah faham bahawa walaupun framers tersebut merupakan seorang Inggeris, India, Pakistan, Australia dan Scotsman, mereka telah menggubal Perlembagaan Persekutuan mengikut kehendak Parti Perikatan yang terdiri daripada ahli-ahli politik Malaysia pada tahun 50’an dan termasuklah Tunku, Tan Cheng Lock dan Sambanthan.

Mari kita lihat apa yang telah dikatakan oleh mereka:

“We have considered the question whether there should be any statement in the Constitution to the effect that Islam should be the State religion. There was universal agreement that if any such provision was inserted it must be made clear that it would not in any way affect the civil rights of non-Muslims. In the memorandum submitted by the Alliance it was stated: ‘the religion of Malaysia shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practising their own religions and shall not imply that the State is not a secular state[my emphasis]

Jadi adalah jelas inilah negara yang diinginkan oleh bapa-bapa Kemerdekaan kita.

Seterusnya, terdapat juga sumber-sumber lain saudara Fyrol:

  1. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah berkata seperti demikian (Hansard, 1.05.1958): “I would like to make it clear that this country is not an Islamic State as it is generally understood, we merely provided that Islam shall be the official religion of the State.”
  2. Tun Mohamed Suffian Hashim Lord President Malaysia telah mengatakan di dalam artikelnya “The Relationship between Islam and the State in Malaysia” pada 1962 bahawa Islam di Malaysia “is primarily for ceremonial purposes, for instance, to enable prayers to be offered in the Islamic way on official public occasions such as the installation of the birthday of the Yang di-Pertuan Agong, Independence Day and similar occasions.”
  3. Tan Sri Hashim Yeop Sani, seorang bekas Ketua Hakim Negara, telah menulis di dalam bukunya “Our Constitution” pada tahun 1980: ‘The words “Islam is the religion of the Federation” appearing in Clause 1 of that Article has no legal effect and that the intention was probably to impose conditions on federal ceremonies to be conducted according to Muslim rites.’

Akhir kata saudara Fyrol, saya faham bahawa konsep perasingan di antara Agama dan Kerajaan bukannya sesuatu konsep yang mudah diterima oleh beberapa golongan Islam kerana sejarah Islam menunjukkan bahawa kebanyakkan kerajaan Islam mempunyai Islam sebagai tunjang pentadbiran tetapi ianya bukannya kes yang sama seperti di Malaysia yang merupakan satu negara demokratik berperlembagaan (constitutional democracy).

Contoh-contoh lain yang diberikan oleh saudara Fyrol, seperti penubuhan institusi-institusi Islam dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam [Perkara 12(2)] merupakan obligasi-obligasi yang tertakluk kepada budi bicara kerajaan Persekutuan dan bukannya mandatori atau diwajibkan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

Penubuhan Mahkamah Syariah pun berdasarkan budi bicara Dewan Undangan Negeri dan bukannya diwajibkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Undang-Undang Islam WP digubal hanya untuk WP dan setiap negeri mempunyai Undang-Undang Islam masing-masing.

Saya rasa isu ini merupakan satu isu yang penting yang telah dimainkan dan diputarbelitkan oleh ahli-ahli politik untuk agenda masing-masing. Rakyat, terutama sekali golongan Muslim harus mengetahui posisi sebenar Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Aston suka berbasikal, bermain dengan mancis dan memakan rojak. Kadang-kadang dia suka membuat ketiga-tiga aktiviti tersebut pada masa yang sama.

Fyrol adalah seorang anak muda yang suka mengkritik mengenai politik dan sosial. Meletakan Islam dan keadilan sebagai keutamaan. Berusaha kearah politik tanpa perkauman, namun tidak akan membiarkan bangsa dan agamanya dihina. Bercita-cita untuk untuk memastikan Islam sebagai ad-deen dan bahasa Melayu mekar dan megah digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Pandangannya tentang politik dan sosial boleh dilihat di http://penakiri.blogspot.com namun kini lebih rajin berfesbuk. Masih mempunya tiga kuata kekesongan, ayah kepada sepasang cahaya mata ini sebenarnya tidak menang tangan dengan kerja sukarelawan dan tanggung jawab hakiki mencari rezeki lebih-lebih lagi sejak Rosmah meminpin negara.

Rencana di atas merupakan pandangan peribadi penulis-penulis yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan, Majlis Peguam Malaysia yang pada masa ini sedang menganjurkan Kempen PerlembagaanKu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kempen ini, ikuti kami di laman web ini.

Ini adalah bahagian 3 daripada 6 bahagian LoyarBorak #3. Sila baca Bahagian 1 & Bahagian 2, dan ikuti bahagian-bahagian berikutnya setiap Isnin & Khamis di blawg ini.

3 replies on “LoyarBorak #3 (Bhg. 3) — Negara Islam, Bahagian Pertama”

  1. The basis of Malaysia in owning Sabah is based on Landgrabbing Principle employed by the British government. The original lessee is a private british company, British North Borneo Company. The British government has signed a 'Friendship Treaty ' to the Sultanate kingdom .The British government broke the Treaty of Friendship when they absorbed the lease of which they are not an entity to the 'Lease Contract of 1878" and clearly stipulates the non transferrability. Malaysia followed this suit by absorbing the same when they got their independence in 1963 – If the modern world cannot understand this then let us live like a hypocrites and forget the Omnipotent creator that we all believe., whether Allah, God or Yahweh.The Sultanate of Sulu and North Borneo now is politically diminished but not culturally and traditionally. the history never lie only the Spanish and American people who wrote the historical hoax of the Sultanate of Sulu and North Borneo Kingdom to achieve their colonizations.

    just opinion.

  2. The parties to the Malaysia Agreement were Malaya, Sarawak, North Borneo and Singapore. Therefore, as I understand it (I may be wrong), the states in Malaya don't quite have "negara" status. But both North Borneo and Sarawak attained independence before Malaysia was formed. I think the gap was something like 2 weeks. So in that sense, the states in Malaya remained "negeri". Again, feel free to correct me.

  3. Nota Tambahan.

    Malaysia di dalam sifat persekutuannya mungkin bukan sebuah negara Islam tetapi Perak, Kelantan, Kedah, Selangor, Pahang, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu ialah "negara-negara" Islam. Perlu diingatkan bahawa Malaysia bukanlah SATU NEGARA (ie Thailand/Brunei/Arab Saudi) tapi satu PERSEKUTUAN (i.e UAE dan USA.)

    Jika dilihat Melaka Pulau Pinang Sabah dan Sarawak yang mana dalam hal agama Islamnya dibawah pentadbiran Persekutuan : yang mana jika ditafsir Persekutuan Malaysia bukanlah negara Islam maka Melaka Pulau Pinang Sabah dan Sarawak bukanlah dianggap sebagai Negara Islam. Akan tetapi dalam amalannya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak menunjukkan seperti adanya pentadbiran agama Islam contoh peranan Mufti yang ditabdirkan oleh Persekutuan. Tambahan pula bagi jajahan/Wilayah Persekutuan itu sendiri terdapat Jabatan dan Ketua Agamanya sendiri (Agong)

    Jika benar Persekutuan Malaysia adalah bersifat sekular maka silalah bubarkan Jabatan-Jabatan agama bagi keempat-empat Melaka Pulau Pinang Sabah dan Sarawak dan juga di jajahan/wilayah Persekutuan Malaysia itu sendiri kerana ianya berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Malaysia dikira sebagai satu persekutuan yang unik kerana negara-negara yang bersekutu mempunyai latar belakang yang berbeza. (bezakan dengan UAE yang bersekutu semuanya Islam, USA- yang bersekutu sekular.)

    Walaubagimanapun jika dilihat dari sejarah Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, keempat-keempatnya ialah bekas jajahan kesultanan Islam. Dan jika digabungkan dengan kesultanan Islam yang sedia ada Perak, Kelantan, Kedah, Selangor, Pahang, Johor, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu

    maka hala tuju Perlembagan Persekutuan seharusnya mirip kepada UAE bukannya kepada USA.

    Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Tun Mohamed Suffian Hashim Tan Sri Hashim Yeop Sani mungkin benar di dalam pendapat mereka jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja tetapi mereka mungkin juga terkhilaf atau terlupa (ataupun dalam bahasa yang kurang enak "dengan sengaja" untuk tujuan ke arah sekularisme seperti Turki)untuk menilai Malaysia yang terdiri dari Kesultanan-kesultanan Islam yang sedia ada. (sila rujuk UAE semula)

    Bagi yang bukan beragama Islam di Malaysia perlu akur bahwa Malaysia belum bersedia untuk menjadi Turki. (mungkin tidak dizinkan) Bagi yang Islam perlu sedar bahawa bukan ISlam tidak meinginkan Malaysia menjadi negara Islam. (mungkin tidak dizinkan juga.) Maka jika dirujuk kepada sejarah kita akan tahu pihak mana yang "terkilan".

Comments are closed.