Nukilan yang mendapat inspirasi daripada kisah kasih agung sebelum ini.

Source: Baker, Emilie Kip. 1914. Stories from Northern Myths.
Stories from Northern Myths | Credit: Baker, Emilie Kip. 1914.

Aku Qays, kau Laila
Puisi buat dirimu
Bagai Majnun gila
Kemaruk lamunan cinta

Aku Kirjava, kau Pantalaimon
Kompas emas ini
Akan jadi bukti
Petunjuk hati ini

Aku Lysander, kau Hermia
Benar cinta agung
Tidak lancar adanya
Lekuk liku alirnya

Aku Megat Sri Rama, kau Wan Anum
Sumpah aku lafazkan
Untuk lakukan segala
Walau membawa derhaka

Aku Rama, kau Sita
Akan ku hapuskan
Ravana sedih pilu
Ukir senyum bibirmu

Aku Odyseus, kau Penelope
Nun jauh rantauku
Tetap aku kembali
Kau maharani hati

Aku Beren, kau Luthien
Walau gelap Angband
Kita tempuhi bersama
Demi Silmaril cahaya

Aku Perceval, kau Blanchefleur
Niat lelaki ini
Mahu jadi kesatria
Bina kastil kita

Aku Siegfried, kau Kriemhild
Lagu Nibelung kita
Agar jadi lagenda
Untuk kekal adanya

Syahredzan Johan kadangkala bersajak.

Syahredzan Johan adalah seorang peguam muda dan seorang rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Dia melihat dirinya sebagai seorang pengkritik politik dan pengulas sosial. Tetapi dia sebenarnya...

8 replies on “Epika #LoyarBerkasih”

  1. mendeklamasikan sajak ini sorang sorang dalam bilik ..tanpa sedar aku tergigit bibir sambil lap air mata yang mengalir deras *syahdu sial!*

Comments are closed.