“Saya mempunyai segala di sini kecuali kebebasan.”

Choo Chon Kai

Pesanan daripada Chon Kai. Pei Chin memberitahu saya selepas dia berjaya berjumpa dengan Chon Kai di balai polis Selayang pada 15 Julai. Pei Chin ialah teman wanita kepada Chon Kai.

Malam itu, saya sempat bertembung dan berborak dengan Pei Chin di candle light vigil.

“Semasa saya balik dari Taiwan, saya menerima panggilan telefon daripada Chon Kai. Dia memberitahu saya bahawa jelajah aktiviti ‘Udalah…Bersaralah BN’ daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah diganggu sepenuhnya oleh pihak polis. Chon Kai kata dia dan beberapa anggota PSM telah ditahan di balai polis, tetapi masih tidak tahu apakah kesalahan yang akan didakwa. Saya pun berfikir, Chon Kai dan lain-lain akan dilepaskan selepas memberi keterangan seperti biasa. Saya masih berada dalam keadaan yang gembira kerana saya boleh berjumpa dengan dia selapas saya balik ke Pulau Pinang.”

“Apabila saya dalam perjalanan balik ke Pulau Pinang, Chon Kai menelefon saya sekali lagi. Dia memberitahu saya, dia dan lain-lain akan dilokap selama 7 hari lagi. Pada ketika itu, saya menanya dalam hati: kenapa 7 hari? Selepas tamat perbualan kami, air mata saya mula mengalir… ”

Adakah 7 hari sahaja?

Selapas 7 hari menunggu, Pei Chin dan rakan sepejuangan menghadiri ke mahkamah untuk mendengar keputusan rayuan . Akhirnya, Chon Kai dan 5 orang anggota serta pemimpin PSM telah dilepaskan dan ditahan semula di bawah Ordinan Darurat (EO)! Tahanan 60 hari tanpa bicara, dan mungkin 2 tahun dan tidak habis-habisan.

“Saya telah menangis apabila mendengar berita Chon Kai dan lain-lain ditahan semula di bawah EO,” Pei Chin kata sambil ketawa. Saya berasa gembira kerana Pei Chin tidak putus asa dan sanggup meneruskan perjuangan demi Chon Kai dan lain-lain.

Berapa lama lagi mereka akan ditahan? Pei Chin tanya saya. Saya tidak dapat menjawab soalan tersebut…

Aktivis masyarakat sivil yang baik.

Candle light vigil - 15 Jul 2011

Saya mengenal Chon Kai apabila menghadiri sesi perbincangan tentang isu-isu mahasiswa dan masyarakat di pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Pulau Pinang pada 3 tahun yang lepas. Dia merupakan seorang aktivis yang baik dan sanggup mengamalkan gaya sosialis sejak belajar dalam USM. Selepas Chon Kai tamat pembelajarannya, dia telahpun mula bekerja dengan SUARAM sebagai seorang aktivis yang sepenuh masa. Dia juga sanggup  melibatkan diri dalam kerja-kerja masyarakat sivil terutamanya membantu golongan-golongan miskin serta pekerja-pekerja yang ditindas.

Chon Kai juga mempunyai bakat yang tinggi dalam menulis artikel-artikel yang menggalakkan orang ramai. Dia juga berbakat dalam mengubal lirik lagu perjuangan dan menyanyi!

Inilah lagu perjuagan yang dinyanyi oleh Chon Kai:

Internationale – versi Malaysia

Bangunlah rakyat yang tertindas
Bangun rakyat yang diperas
Nyalakan api perjuangan
Menjulang kebenaran

Hancurkan segala penindasan
Ayuh kita bangun, bangun
Dunia baru kita dirikan
Pasti jadi kenyataan

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti ‘kan berjaya

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti ‘kan berjaya!

Tiada raja atau penguasa
Peluru atau penjara
Yang dapat menghalangi kita
Menjadi rakyat merdeka

Selagi nyawa dalam diri
Perjuangan takkan henti
Biar darah membasah bumi
Menyerah takkan sekali

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti ‘kan berjaya!

Sze Ming is a nature lover who grew up enjoying the paddy fields in Kedah. Green warrior, she believes going green is the only way for longer lives. Currently she doing her Master of Public Policy in University...

One reply on “[EO week] Tahanan EO: Hari Ke-19”

  1. NEW VOTERS REGISTRATION
    (we dont have mainstream media coverage, so please broadcast over the internet. thanks…)

    COME register as a voter this weekend and next weekend at Rumah Anak Bangsa Malaysia (RABM) from 2-4pm.

    Date:

    16-17 July (Saturday & Sunday)

    23-24 July (Saturday & Sunday)

    Time: 2-4pm

    Venue:

    Rumah Anak Bangsa Malaysia,

    66 Lorong Setiabistari 1,

    Bukit Damansara

    If you're already a registered voter, you can drive all your friends and family who are not yet a voter to RABM on these weekends!

    +603-2095 0435
    http://sayaanakbangsamalaysia.net

    4RAKYAT

Comments are closed.