Krew UndiMsia! telah berjaya menimba amat banyak ilmu baru berkenaan Hulu Langat sejak lawatan terakhir kami ke Kajang. Susulan dari lawatan tersebut, UndiMsia! telah menghantar cadangan program fotografi ke Majlis Perbandaran Kajang.
Sementara itu, kami terus menerokai Hulu Langat, dan kali ini anda dijemput sertai krew UndiMsia! untuk HangatkanLangat. Sabtu ini, 29.10.11, #JelajahSebaranCinta akan mara ke Dusun Tua di Hulu Langat!
Aksi-aksi menarik:
09:00: Berjumpa di PusatRakyatLB untuk bersarapan pagi. Bertolak ke Hulu Langat pada jam 09:45
11:00: #UndiMsia!Chats dengan ahli-ahli PeBT (Penggerak-Penggerak Belia Tempatan) & JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) di Dusun Tua.
– Sesi “Pecah Ais” untuk berkenalan-lah ;)
– Apa itu UndiMsia!?
– Misi #HangatkanLangat
– Pelaksanaan Misi
* PeBT & JKKK adalah komuniti yang mana UndiMsia! akan bekerja rapat untuk HangatkanLangat
13:00: Menjamu selera tengahari bersama krew PeBT & JKKK
14:00: Lawatan sambil belajar ke kawasan kampung Dusun Tua (untuk makan durian?!)
16:00: Kembali ke KL!
Jom sertai inisiatif ini yang menjadi topik gangat dari Malaysia ke Radio Australia!
Untuk maklumat lanjut, hubungi penggerak-penggerak komuniti bagi jelajah ini: Vienna (012-2776678), Michael (012-2690166), Pepper (012-2951245). Layari FB kami di sini untuk foto-foto terbaru UndiMsia!
Tags: #HangatkanLangat, Hulu Langat, JelajahSebaranCinta, UndiMsia!
Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) is a non-profit based in Kuala Lumpur with the mission of promoting active democratic participation and human rights awareness.
Posted on 28 October 2011. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
Read more articles posted by Malaysian Centre for Constitutionalism & Human Rights (MCCHR).
Read this first: LB Terms of Use
LoyarBurok - An online journal owned by Liberal Banter Sdn Bhd (Company No. 723502-K)
Creative Commons licence to posts | Full copyright in name and logo | *Please internalise our "Read this first!" carefully
Recent Comments