Rate your MP | Source: http://www.flickr.com/photos/lucastheexperience/

Kenyataan Media Saifuddin Abdullah, MP Temerloh (BN).

Projek kad laporan wakil rakyat adalah inisiatif inovasi demokrasi yang dapat meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat dalam proses politik negara.

Ia membuka lembaran baru komunikasi dua-hala antara wakil rakyat dan rakyat. Ia dapat membantu wakil rakyat untuk memperbaiki perkhidmatannya, manakala rakyat dapat menyampaikan pengharapannya terhadap perkhidmatan yang diperlukan daripada wakil rakyatnya.

Ia juga akan mematangkan demokrasi kerana penilaian terhadap wakil rakyat dibuat secara sistematik dan tidak lagi semata-mata atas persepsi dan sentimen sahaja.

Sebagai wakil rakyat pertama kali, iaitu MP Temerloh, saya telah memulakan kad laporan saya sejak genap 6 bulan pertama saya diamanahkan tugas ini. Saya mengeluarkan kad laporan saya pada setiap 6 bulan. Terakhir ialah kad laporan 3 tahun sebagai MP.

Kad laporan saya mengandungi kerja/pencapaian dalam Enam Bidang Pembangunan Tumpuan (iaitu manifesto saya semasa PRU12), iaitu: pendidikan dan latihan; kesihatan dan kecergasan; pekerjaan dan ekonomi; jati diri dan sosio-budaya; partisipasi dan masyarakat sivil; serta frasarana dan kemudahan awam.

Kad laporan ini dibentangkan di Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (mini parlimen akar umbi yang saya tubuhkan, yang dianggotai 150 orang perwakilan dari sektor kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil) untuk mendapatkan maklum balas.

Ia juga diedar kepada media dan disiarkan dalam laman web saya. Di samping medium-medium ini, kad laporan 3 tahun telah juga diedar dalam bentuk brosur (sebanyak 10,000 naskah) di kawasan parlimen Temerloh.

Saya ingin menyertai projek ini kerana ia dapat memperbaiki kad laporan saya yang sedia ada.

Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) is a non-profit based in Kuala Lumpur with the mission of promoting active democratic participation and human rights awareness.