Ulasan saya mengenai isu tanah bagi masyarakat orang asli

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.

Ringkasan Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal memberi maklumat tentang isu-isu tanah yang dihadapi oleh orang asli. Sebagai masyarakat yang terpinggir di Malaysia, hak orang asli ada dalam Akta Orang Asli 1954, Kanun Tanah Negara 1965 dan undang-undang antarabangsa iaitu Deklarasi Antarabangsa tentang Hak-Hak Orang Asal (UNDRIP). Walaupun banyak pandangan dan pendapat tentang cara penyelesaian isu tanah ini dari dulu sehingga sekarang, ianya masih berlarutan.

Pada tahun 1999 sejak tertubuhnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) banyak aduan mengenai isu-isu tanah orang asli yang diceroboh telah diterima. Untuk menyelesaikannya, satu inkuiri telah diadakan. Sebagai orang asli Temiar, inkuiri ini memberitahu banyak perkara yang berlaku kepada semua kaum orang asli di Malaysia. Sebelum ini, kami hanya berdiam diri dan tidak tahu bagaimana untuk mengambil tindakan seterusnya jika perkara ini berlaku. Tiada pihak yang peduli dan kesah akan isu ini. Saya mula menyedari, bahawa kami mungkin kurang pendidikan tentang hak kami.

Orang asli di semenanjung Malaysia ada 18 suku kaum. Kami mempunyai identiti yang berbeza dari segi adat, ugama, bahasa, perayaan, penampilan dan termasuk cara hidup kami. Walaupun kami unik dan berbeza tapi secara akar umbi, kami bergantung kepada tanah. Orang asli mempunyai pendapatan sumber yang sama dan hubungan yang sangat rapat dengan tanah wilayah, sebab ia adalah sebahagian daripada kehidupan kerohanian dan kebudayaan kami, ia membentuk identiti kami sebagai masyarakat orang asli, termasuk juga orang asli di Sabah dan Sarawak.

Orang asli semenanjung Malaysia guna perkataan tanah untuk tanah wilayah iaitu kawasan rayau, nenggrik dan tanah pesaka. Orang asli di Sabah memanggil wilayah adat mereka sebagai kampung. Orang asli di Sarawak pula, wilayah adat mereka dikenali sebagai pemakai menoa, tanah umai dan temuda. Jadi orang asli di Malaysia ini mempunyai nama di setiap kawasan semenjak turun temurun lagi. Itulah sebab kenapa mereka sangat pentingkan tanah, sebab tanah adalah satu harta berharga yang sudah diwarisi secara turun temurun dari zaman nenek moyang kami. Ia merangkumi tempat tinggal, tapak perkuburan, tempat upacara kerohanian dan termasuk di mana kami mendapat makanan iaitu secara memburu dan bercucuk tanam di hutan.

Malah orang asli sangat menjaga hutan, tidak pernah sekali mereka memusnahkan hutan tersebut kerana mereka sangat menyayangi alam semula jadi. Masyarakat orang asli tidak sama sekali berfikir untuk menjana ekonomi dengan cara menjual tanah untuk membina banyak bangunan, kerana masyarakat orang asli sudah terbiasa dengan kehidupan alam semula jadi. Itu sudah mencukupi.
Negara kita semakin maju dan banyak orang semakin hari berganding bahu, untuk membangunkan projek-projek pembangunan dan sebagainya. Maka dengan itu sesetengah pihak bertindak menceroboh tanah orang asli tanpa pengetahuan mereka. Setelah nasi sudah menjadi bubur, kesan yang dihadapi orang asli ialah sumber kehidupan mereka terjejas, termasuk kepupusan alam flora dan fauna, pencemaran sungai dan hakisan tanah.

Masyarakat orang asli merasa amat kecewa dengan tindakan orang luar yang tiada batasan dan tanpa sebarang hormat. Maka orang asli mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut dengan mengadakan sekatan, bantahan atau pun menghantar memorandum kepada kerajaan. Walaupun tidak diberi sebarang jawapan tetapi mereka tetap berusaha. Ada setengah kes-kes mereka menang di mahkamah. Dari dulu sampai sekarang, analisis dan laporan menunjukkan mereka masih menghadapi perkara yang sama iaitu isu tanah yang tidak pernah ada kesudahannya.

Syor-syor daripada inkuiri Suhakam mengandungi enam tema iaitu pengiktirafan hak orang asli terhadap tanah, remedi tanah yang hilang, menangani isu-isu ketidakseimbangan pembangunan tanah, mencegah kehilangan tanah adat orang asli di masa hadapan, menangani isu-isu pentadbiran tanah dan mengiktiraf tanah sebagai nadi kepada identiti orang asli. Masyarakat orang asli harus diberi penerangan mengenai hal ini, walau pun tidak semua orang asli mahu pun orang luar yang tahu dan faham cara-cara untuk menyelesaikan hal ini.

Kesimpulan, orang ramai atau pihak luar harus membuka luas mata mereka dan memahami isu-isu yang berkaitan dengan orang asli.

Malaysian Centre for Constitutionalism & Human Rights (MCCHR)

Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) is a non-profit based in Kuala Lumpur with the mission of promoting active democratic participation and human rights awareness.

Share
Published by
Malaysian Centre for Constitutionalism & Human Rights (MCCHR)

Recent Posts

PENGALAMAN SAYA BERLATIH SAMBIL BEKERJA SELAMA ENAM BULAN DI MCCHR

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

2 months ago

Vacancy for Administrative and Human Resource Assistant (Full Time)

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

2 months ago

Project Assistant Needed!

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

3 months ago

SAYA BELAJAR TENTANG BULI SIBER

Rosdila Ngah Roslan ialah fellow orang asli MCCHR dari 1 Mac hingga 31 Ogos 2020.…

4 months ago

PROGRAMME EVALUATOR NEEDED

If you are interested and have the capacity and experience of carrying out a programme…

9 months ago

Vacancy for Administrative and Human Resource Assistant (part-time)

The Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) a.k.a Pusat Rakyat LoyarBurok is a…

11 months ago