Home » Posts tagged with » Jalan masih jauh

ISA: Kita masih perlu lawan!

Dilaporkan oleh Malaysian Insider bahawa 5 tahanan ISA termasuk Mat Sah Satray yang telah ditahan lebih 7 tahun telah dibebaskan. Malam ini, seorang suami pulang ke pangkuan isteri. Seorang ayah pulang ke dakapan anak. Malam ini, tangisan hiba selama tujuh tahun bertukar kepada jemari yang mengangkat syukur ke hadrat-Nya.